Ringkasan perjuangan Hassan Al Banna Mujaddid abad ke 20
WAHAI IKHWAN
Thursday, February 7, 2013
Sunday, January 20, 2013
Keadaan Mesir Pada Zaman Imam Hasan Al-Banna dan Kelahiran Dakwah Ikhwanul Muslimin
Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar, yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab.
Jika kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman ketika beliau dilahirkan, dibesarkan dan dididik. Disamping itu, kita juga perlu mengetahui cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang sedang mengancam Mesir ketika Imam Hasan al-Banna dilahirkan. Sekarang kita akan mengkaji zaman ketika beliau dilahirkan dan peranan besar yang dimainkan olehnya.
Gerakan Pembebasan – Terbahagi kepada dua kumpulan besar.
Pemberontakan Airabi Pasya gagal pada tahun 1833 Masehi. Kegagalan ini merupakan satu malapetaka politik yang besar bagi Mesir. Peristiwa tersebut menimbulkan ketakutan dan kekecewaan diseluruh negara Mesir. Lantaran itu, Mesir dilanda pertikaian disegi akhlak dan kefahaman (ideologi). Orang ramai berasa takut bila nama gerakan pembaharuan atau politik disebut.
Keadaan ini berlarutan sehingga permulaan abad 20 Masehi. Akhirnya sebuah pertubuhan belia Mesir telah ditubuhkan untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Mesir. Mereka melancarkan gerakan menentang British. Para pemuda ini tergolong ke dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama memiliki semangat Islam. Kumpulan yang kedua pula inenggunakan cara yang agak baru dan berlainan. Cogan kata mereka ialah “Kebangsaan Mesir”. Dasar perjuangan kumpulan kedua ini bertentangan dengan kumpulan pertaina yang berlandaskan nilai-nilai Islam serta menyebelahi Kerajaan Turki Bani Othmaniah.
Kumpulan Pertama
Kumpulan pertama cintakan Islam dan tanah air. Kumpulan ini diwakili oleh pertubuhan “Al Hizbul Watani” yang dipirnpin oleh Mustaffa Kamal, seorang yang bijak bersyarah. Beliau memupuk semangat kebangsaan yang berdasarkan Islam di hati orang orang Mesir. Beliau tidak menganggap agama dan semangat kebangsaan itu bertentangan antara satu sama lain.
Cogan katanya ialah “Agama (Deen) dan tanah air adalah saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.” Kumpulan ini membayangkan kecintaan mereka kepada tanah air umparna seorang kekasih memuji orang yang dicintainya. Inilah yang dibayangkan oleh penyair terkenal, Ghayati dan Muharram melalui syair-syair mereka. Di antara pernimpin-pemimpin kumpulan ini ialah dua orang ulama’ yang bernama Muhammad Farid Wajdi dan Abdul Aziz Jawesh. Kegiatan kumpulan ini telah menimbulkan kebimbangan dipihak penjajah British dan Raja Mesir. Muhammad Farid Wajdi dan Abdul Aziz Jawesh telah dipenjarakan kerana menulis huraian mengenai kumpulan syair karya Ghayati.
Kumpulan Kedua
Kumpulan kedua terdiri daripada para pejuang fahaman kebangsaan yang mulhid (atheis). Dasar perjuangan mereka bertentangan dengan dasar perpaduan dan persaudaraan Islam. Golongan ini tidak suka orang ramai mencorakkan kehidupan mereka menurut dasar-dasar Islam. Kumpulan ini menegakkan fahaman kebangsaan Mesir. Fahaman kebangsaan mereka adalah salah kerana mereka menjaga kepentingan negara mereka saja tanpa mempedulikan segala masalah yang menimpa Negara-negara Islam yang lain.
Mereka menyungkil kembali ciri-ciri sejarah Mesir kuno untuk memperkukuhkan fahaman kebangsaan mereka tadi. Bahkan mereka mengaitkan sejarah mereka dengan sejarah para Firaun. Mereka menganggap perjuangan menegakkan fahaman kebangsaan Mesir adalah satu perjuangan yang baik walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan-kepentingan lain. Walaupun kumpulan ini bersatu atas dasar fahaman kebangsaan Mesir, tetapi sebenamya mereka berpecah pula kepada dua ranting berdasarkan kepada perbezaan pemikiran dan pendapat.
Ranting Pertama
Ranting pertama ini diketuai oleh akhbar “Al Muqattam” yang selalu menyokong pendapat pihak British. Ia menimba pendapat daripada Gabenor British di Mesir, Lord Cromer. Sebenarnya, pihak Britishlah yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan fahaman kebangsaan Mesir. Mereka ingin memisahkan rakyat Mesir dari Dunia Islam. Pihak British suka rakyat Mesir memelihara kepentingan Mesir sahaja tanpa mempedulikan saudara se Islam mereka di Semenanjung Arab, Turki, Iran dan Asia.
Sebahagian daripada komplot British ialah memutuskan hubungan di antara orang orang Arab dan orang orang Turki; juga memecahbelahkan orang-orang Arab kepada kumpulan-kumpulan yang bertentangan antara satu sama lain.
Di dalam akhbar Al-Muqattam ada ditulis:
‘Orang orang British yang tinggal di Mesir ingin membawa kebaikan kepada rakyat Mesir. Mereka ingin membebaskan rakyat Mesir daripada kekejaman pentadbiran sekarang. Mereka ingin rakyat Mesir menikmati keamanan dan keadilan. Mereka patut dihargai kerana menyelamatkan Mesir daripada masalah (kemelut) ekonomi dengan memberinya satu corak (sistem) ekonomi yang seimbang.’
Sebuah majalah yang bernama ‘Al-Muqattaf’ juga turut memberi bantuan dalam usaha ini. Ramai juga para pemuda Mesir yang dipengaruhinya. Mereka ini turut mernuji Gabenor British (Lord Cromer).
Rakyat Mesir yang menentang Aq Mudattaf dan Al-Muqattam dituduh menyokong Turki. Seorang ulama’ besar seperti Muhammad Abduh pun menyokong Gabenor British itu. Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa para penyokong Al-Muqattam dan Al-Muqattaf memang tidak ikhlas kepada tanah air mereka sendiri. Mereka hanya ingin melayani kepentingan diri mereka sahaia.
Akhirnya orang-orang yang tamak ini menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri yang mereka namakan ‘Al-Hizbul Watani Al-Hura’. Tujuan pertubuhan ini ialah menentang Al-Hizbul Watani yang dipimpin oleh Mustaffa Kamal.
Ranting Kedua
Ranting kedua golongan kebangsaan ini terdiri daripada Hizbul Ummah. Ia mewakili golongan pemerintah Mesir dan tuan-tuan tanah. di Mesir. Golongan ini menganggap kuasa sebenar negara Mesir berada ditangan Gabenor British, Lord Cromer. Mereka berpendapat dia mesti disokong dan bukannya ditentang. Hizbul Ummah ditubuhkan pada tahun 1907 Masehi dibawah pimpinan Mahmood Sulaiman Pasya.
Kesemua pasya-pasya (ketua ketua atau para pemerintah) dan tuan-tuan tanah ini bersifat tamak dan selalu membuat perancangan yang memenuhi kepentingan mereka. Beberapa orang cendekiawan yang rakus dan curang seperti Lutfi as-Syed telah memasuki kumpulan ini. Akhbar ‘Al-Jaridah’ menjadi lidah rasmi mereka.
Golongan pemerintah Mesir dan tuan-tuan tanah memasuki Hizbul Ummah untuk mendapat keuntungan duniawi tetapi para cendekiawan seperti Lutfi as-Syed dan ahli-ahli falsafah lain mewakili fahaman kebangsaan Mesir.
Mereka ini berpegang kepada pendirian dan fahaman politik tertentu. Mereka menyokong dasar kebebasan berfikir, dasar kerjasama dengm British dan dasar menurut secara membuta tuli segala corak hidup orang Eropah. Mereka ingin Mesir mencontohi Eropah dari segi kebudayaan, ekonomi dan politik.
Lutfi as Syed menulis:
‘Negara Mesir inginkan keamanan. Negara Mesir sayangkan rakyat British. Walaupun dari segi undang-undang, kerajaan Mesir berada ditangan Raja Mesir, tetapi dari segi amalinya, Mesir diperintah oleh Gabenor Lord Cromer. Sudah sampai masanya kedua kuasa ini dipusatkan. Ini bermakna kerajaan yang sah dari segi undang-undang itu diserahkan kepada Gabenor British.’Mereka ini menentang cara hidup Islam. Salah seorang pemimpin mereka, Abdul Hamid az-Zahrawi, telah menulis di dalam akhbar Al-Jaridah:
“Perpaduan umat Islam berakhir setelah Saidina Umar Al-Khattab meninggal dunia. Perpaduan umat Islam juga berakhir setelah Saidina Ali bin Abi Talib syahid. Mengapakah sekarang hendak ditegakkan perpaduan yang telah musnah seribu tiga ratus tahun dahulu?”Pertelingkaban antara dua kumpulan besar.
Pertentangan berlaku di antara Al-Hizbul Watani pimpinan Mustaffa Kamal, Farid Wajdi dan Abdul Aziz Jawesh dengan kumpulan-kumpulan lain yang berbagai corak itu. Al-Hizbul Watani Al-Hurra memperjuangkan kepentingannya dengan bantuan Al-Muqattam dan Al-Muqattaf. Hizbul Ummah pula meneruskan usahanya untuk mencapai keuntungan duniawi dengan bantuan Al-Jariyah. Muhammad Abduh sedang menjalankan usahanya untuk membaratkan seluruh Mesir.
Terdapat perbezaan antara dua gerakan yang bertentangan ini. Pendekatan Al-Hizbul Watani dan Mustaffa Kamal lebih berlandaskan perasaan. Pendekatan Al-Hizbul Ummah, Lutfi as-Syed dan Al-Hizbul Watani Al-Hurra pula berlandaskan akal fikiran. Mereka ini berusaha menyerapkan fahaman Liberalisme (kebebasan individu yang tidak terbatas dan mengenepikan hak serta kepentingan) dan fahaman kebendaan ke dalam jiwa para pemuda Mesir.
Mustaffa Kamal dan akhbarnya A-Liwa’ telah mengecam hebat para penentangnya. Beliau memperjuangkan fahaman kebangsaan yang berdasarkan Islam dan ingin meletakkan seluruh Dunia Islam di bawah satu bendera Islam saja. Beliau mengisytiharkan bahawa Perjanjian Turki dan Mesir pada tahun 1840 haruslah dihormati. Perjanjian tersebut menjamin kebebasan dalam negara Mesir di bawah naungan
kerajaan Turki. Menurut perjanjian itu, Mesir perlu membayar cukai kepada Turki dan Turki pula akan melantik para hakim untuk Mesir.
Hizbul Ummah dan Hizbul Watani Al-Hurra menuduh Mustaffa Kamal cuba menghancurkan cengkaman British ke atas Mesir dan menegakkan kekuasaan Turki yang sepenuhnya di Mesir. Untuk mengukuhkan pendapat ini Al-Muqattam menerbitkan makalah-makalah yang memaparkan Turki sebagai penindas dan British pula sebagai pihak yang adil.
Mustaffa Kamal tidak memisahkan kebangsaan daripada Deen (agama). Katanya, jika seorang British boleh memperjuangkan kebangsaan disamping mazhab Protestannya, maka seorang Mesir juga boleh menjadi seorang muslim dan seorang pejuang kebangsaan pada masa yang sama.
Peranan British.
Pihak British sedang berusaha melemahkan semangat Islam dan pengaruh kerajaan Turki Bani Othmaniah yang menguasai rakyat Mesir. Pihak British menyokong setiap orang yang mengecam Khalifah orang Islam (yakni Sultan Turki) atau menentang Raja Mesir. Mereka juga menyokong setiap orang yang menyebelahi mereka dan inginkan pembaharuan dalam negeri saja.
Kerana itulah, Mustaffa Kamal ingin pihak British keluar dari Mesir. Pihak British menyokong ‘Gerakan Khalifah Arab’ yang dipelopori oleh Syarif Hussin di Mekah kerana ini boleh melemahkan kedudukan Khalifah orang Islam di Turki. Pihak British mengalu-alukan kedatangan para anggota gerakan ‘Turkiya Al-Fatat’ dan gerakan ‘Anjuman Ittihadi wa Taraqqi’ yang telah meninggalkan Turki untuk menetap di Mesir.
Para anggota gerakan- gerakan tersebut menerbitkan akhbar mereka sendiri yang mengecam Sultan Abdul Hamid Turki. Apabila baginda menulis surat kepada Raja Abbas Mesir memintanya menghantar pulang orang-orang yang lari dari Turki itu, Lord Cromer campurtangan dan menahan Raja Abbas daripada berbuat demikian.
Apabila hubungan antara Muhammad Abduh dan Raja Abbas Mesir menjadi tegang, Lord Cromer telah memberi sokongan kepada Muhammad Abduh. Lantaran sokongan ini, Muhammad Abduh dapat mengekalkan kedudukannya walaupun ditentang oleh Raja Abbas. Pihak British juga menyokong rakan-rakan Muhammad Abduh seperti Mustaffa Fahmi, Riyaz Pasya, Sa’ad Zaghlol, Fatahi Zaghlol dan QasimAmin kerana mereka ini menentang Raja Mesir dan inginkan pembaharuan dalam negeri saja.
Insyaallah bersambung…..
Tuesday, January 15, 2013
SIAPAKAH IMAM HASSAN AL MUJTABA
Name: al-Hasan.
Title: al-Mujtaba.
Agnomen: Abu Muhammad.
Father’s name: Ali Amir al-Mu’minin.
Mother’s name: Fatimah (daughter of the Holy Prophet).
Birth: In Medina on Tuesday, 15th Ramadan 3 AH.
Death: Died at the age of 46, in Medina on Thursday, 28th Safar 50 AH; buried in Jannatu ‘l-Baqi’, in Medina.
Imam Hasan was the eldest son of Imam `Ali and Hadrat Fatimah. When the Holy Prophet received the happy news of the birth of his grandson, he came to the house of his beloved daughter, took the newly born child in his arms, recited adhan and iqamah in his right and left ears respectively, and in compliance with Allah’s command named him al-Hasan.
Childhood:
The first phase of seven years of his infancy was blessed with the gracious patronage of the Holy Prophet, who gifted him all his great qualities and adorned him with Divine knowledge, tolerance, intelligence, bounty and valour. Being infallible by birth and decorated with heavenly knowledge by Allah, his insight had an access to al-lawhul-mahfuz (the Guarded Tablet on which the transactions of mankind have been written by Allah for all eternity).
The Holy Imam immediately became conversant with all the contents of any wahy (Qur’anic verses) revealed when the Holy Prophet would disclose it to his associates. To the great surprise of the Holy Prophet, Hadrat Fatimah would often recite the exact text of a newly revealed way before he disclosed it personally to her. When he inquired, she would inform him that it was Hasan through whom she had learned the Revelation.
Remembrance of Allah:
The Holy Imam devoted himself to prayers in such abundance, that all the limbs employed in prostration bore scars and impressions of his sajdah (prostration). Most of the nights were spent on the prayer-carpet. The sense of his absorption and humiliation in prayers to Allah were in such earnest that he would shed tears profusely out of fear of Allah.
While performing ablution, he trembled with the fear of Allah and his face grew pale at the time of prayers. His earnest meditation in the offering of prayers and his extreme absorption in communion with Allah would render him entirely unconscious of his environments.
His Piousness and Contentment:
Imam Hasan had the worldly possessions at his disposal and could have well enjoyed a luxurious life, but he utilized all of it in the betterment of the condition of the poor. He was so courteous and humble that he never hesitated to sit along with the beggars in the lanes and on the thoroughfares of Medina to reply to some of their religious queries. Through his cordial attitude and hospitality he never let the poor and the humble feel inferior to him when they visited his abode.
Imamate:
The demise of the Holy Prophet was followed by an eventful era when the Islamic world (under the false ruling bodies) came in the grip of the fever of expansionism and conquest. But even under such a revolutionary phase, Imam Hasan kept devoting himself to the sacred mission of peacefully propagating Islam and the teachings of the Holy Prophet along with his great father Imam ‘Ali.
The martyrdom of Imam Ali on the 21st Ramadan marked the inception of Imam Hasan’s Imamate. The majority of Muslims pledged their allegiance to him and finalized the formality of bay’ah (oath of allegiance). No sooner had he taken the reins of leadership into his hands than he had to meet the challenge of Mu’awiyah, the Governor of Syria, who declared a war against him.
In compliance with the Will of Allah and with a view to refrain from causing the massacre of Muslims however, he entered into a piece treaty with Mu’awiyah on terms (though not totally respected and carried out by Mu’awiyah), yet saved Islam and stopped a civil war. But this peace treaty was never meant as surrender by him of the permanent leadership to Mu’awiyah.
It was meant only as an interim transfer of the administration of the Islamic kingdom, subject to the condition that the administration would be surrendered back to Imam Hasan after Mu’awiya’s death and then it would in turn be inherited by Imam Husayn.
Having relieved himself of the administrative responsibilities, Imam Hasan kept the religious leadership with himself and devoted his life to the propagation of Islam and the teachings of the Holy Prophet in Medina.
Mu’awiyah’s malice against Imam Hasan led him to conspire with the Imam’s wife Ja’dah, the daughter of Ash’ath. She was made to give the Imam some poison which affected his liver.
Imam Hasan thus succumbed to Mu’awiyah’s fatal mischief and attained his martyrdom on 28th Safar 50 AH. His funeral was attended by Imam Husayn and the members of the Hashimite family. His bier while being taken for burial to the Holy Prophet’s tomb was shot at with arrows by his enemies, (under direct supervision and consent of A’ishah), and it had to be diverted for burial to the Jannatu’l-Baqi` at Medina. His tomb was demolished along with others on 8th Shawwal 1344 (21st April 1926) by the Saudi rulers when they came to power in Hijaz.
The terms of the peace treaty were soon violated, but earned only a short-lived glory for Mu’awiyah. Its aftermath proved disastrous and doomed the fate of his son Yazid and dealt a fatal blow to the entire family of Umayyads. After the death of Mu’awiyah, Imam Husayn emerged as the insurmountable mountain of truth and determination.
In the gruesome tragedy of Karbala’, by sheer force of numbers, and by isolating the seventy-two members of Imam Husayn’s party and stopping them from even getting water to drink for three days, Yazid succeeded in annihilating the seventy-two persons including members of the Imam’s family who were with him.
This dastardly success of Yazid was, however, short-lived. The Muslims turned against him on learning of the heinous act he had committed and this resulted in the downfall of Yazid and the extinction of the Umayyad power from the face of the earth.
al-`Allamah at-Tabataba’i writes:
Imam Hasan Mujtaba, upon whom be peace, was the second Imam. He and his brother Imam Husayn were the two sons of Amir al-Mu’minin `Ali and Hadrat Fatimah, the daughter of the Prophet. Many times the Prophet had said, “Hasan and Husayn are my children.” Because of these same words `Ali would say to his other children, “You are my children and Hasan and Husayn are the children of the Prophet.”
Imam Hasan was born in the year 3 AH, in Medina and shared in the life of the Prophet for somewhat over seven years, growing up during that time under his loving care. After the death of the Prophet which was no more than three, or according to some, six months earlier than the death of Hadrat Fatimah, Hasan was placed directly under the care of his noble father.
After the death of his father, through Divine Command and according to the will of his father, Imam Hasan became Imam; he also occupied the outward function of caliph for about six months, during which time he administered the affairs of the Muslims.
During that time Mu’5wiyah, who was a bitter enemy of `Ali and his family and had fought for years with the ambition of capturing the caliphate, first on the pretext of avenging the death of the third caliph and finally with an open claim to the caliphate, marched his army to Iraq, the seat of Imam Hasan’s caliphate.
War ensued during which Mu’awiyah gradually subverted the generals and commanders of Imam Hasan’s army with large sums of money and deceiving promises until the army rebelled against Imam Hasan. Finally, the Imam was forced to make peace and to yield the caliphate to Mu’awiyah, provided it would again return to Imam Hasan after Mu’awiya’s death and the Imam’s Household and partisans would be protected in every way.
In this way Mu’awiyah captured the Islamic caliphate and entered Iraq. In a public speech he officially made null and void all the peace conditions and in every way possible placed the severest pressure upon the members of the Household of the Prophet and the Shi’ah.
During all the ten years of his Imamate, Imam Hasan lived in conditions of extreme hardship and under persecution, with no security even in his own house. In the year 50 AH, he was poisoned and martyred by one of his own Household who, as has been accounted by historians, had been motivated by Mu’awiyah.
In human perfection Imam Hasan was reminiscent of his father and a perfect example of his noble grandfather. In fact, as long as the Prophet was alive, he and his brother were always in the company of the Prophet who even sometimes would carry them on his shoulders. Both Sunni and Shi`ite sources have transmitted this saying of the Holy Prophet concerning Hasan and Husayn:
“These two children of mine are Imams (leaders) whether they stand up or sit down” (allusion to whether they occupy the external function of caliphate or not). Also, there are many traditions of the Holy Prophet and `Ali concerning the fact that Imam Hasan would gain the function of Imamate after his noble father
QUOTATION FROM IMAM HASSAN
'If you knew what I know, you would laugh a little and weep a lot'' –
Prophet Muhammad… May peace be upon him and his holy progeny.
Imam Hassan (p)’s quotes: A little selection
By: Binte Muhammad
Here are a few sayings of the Chief of Messengers (p)’s grandson and the Leader of the Youths of Paradise Al-Imam Al-Hassan (p):
- It is love which brings closer those who are remote by ancestry, and it is (the absence of) love which causes dissociation between those who are related by ancestry.
- Opportunity is something which is quick to vanish and late to return.
- I wonder about the person who contemplates about his nutrition but he does not consider (the food of) his intellect. Thus, he avoids of what hurts him in his stomach but he lets his mind to be filled with what destroys him.
- If you fail to obtain something of worldly benefit, take it as if the thought of it had never crossed your mind at all.
- The height of intelligence is associating with people amicably.
- Piety is the gateway to all repentance, and the principal of all wisdom, and the distinction of all deeds.
- Whoever relies on the excellence of Allah’s choices, doesn’t wish to be in other than the situation that Allah has chosen for him.
- Do not be hasty in punishing (someone’s) sin, and leave (room) between the two (fault and punishment) for apology.
- One who lacks intelligence has no decorum, and one who lacks determination has no magnanimity, and one who has no modesty has no religion
- The best wealth is contentment and the worst poverty is humility.
- The most discerning eye is the one that penetrates (views) into the blessings and the most auditory ear is the one heeds reminding and benefits from it. And the most pure of hearts is the one purified from doubt.
- O’ Son of Adam! abstain from the unlawful and you will be a worshipper, and be content with what Allah has predestined for you, you will be sufficient, be benevolent to those who take up proximity in your neighbourhood, you will be a Muslim.
- Tolerance of the noble is forgiving, if apologizing is difficult for the sinner.
- The most preferable adornment is graceful manners.
- Clemency is suppression of anger and self-restraint.
- Generosity is giving in prosperity and adversity.
- It is for you to ponder, for it is revitalization for the heart of the perspicacious and the key to the gateways of wisdom.
- Befriend people in the same manner you would like them to befriend you.
- Brotherhood is loyalty during adversity and during comfort.
- It is incumbent on whoever stands in the presence of the Lord of Throne (Allah), that his colour pales, and that his limbs tremble.
- One is ignorant of blessing as long as they are present, but when they pass, one becomes aware (of the value) of them.
KAWANKU IKHWAN
Mutiara Hadis
"Jangan
mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para Ulama' atau
berdebat dengan orang yang bodoh, atau memilih majlis ilmu yang terbaik
untuk dapatkan pujian. Sesiapa yang melakukannya, maka nerakalah
tempatnya" HADIS RIWAYAT IBN HIBBAN
30 Januari 2011
Mengenal Al Ikhwan Al Muslimin
Selepas Perang Dunia Yang Pertama, kumpulan yang berhaluan Barat bergerak begitu hebat sekali di Mesir. Kebangkitan nasionalisma di dunia Islam mencapai puncaknya dengan penggulingan sistem Khalifah Islam Othmaniah di Turki oleh Kamal Attarturk.Pergerakan Pembebasan Wanita Mesir menjadi bertambah kuat apabila wanita kelas atasan Mesir memberontak; enggan memakai purdah. Mereka memakai fesyen Eropah, menghadiri temasya sosial yang bercampur bebas antara lelaki dan perempuan, samada secara tertutup ataupun terbuka. Mereka juga mendesak supaya wanita mempunyai hak yang setaraf dengan lelaki di dalam soal kemasukan ke Universiti.
Semuanya ini berlaku di waktu Hassan Al Banna mencatitkan rasa kebimbangan beliau serta rakannya terhadap kebimbangan ini.
"Hanya Allah yang mengetahui berapa malamkah kita berbincang tentang keadaan negara dan hubungannya dengan segala lapangan hidup rakyat. Apakah kesan dari penyakit masyarakat dan bagaimana untuk menyelesaikannya ?
Kami berbincang dengan penuh perasaan sehingga menitiskan airmata. Sebelum kami membuat sebarang keputusan, kami berbincang dengan panjang lebar sekali, tetapi alangkah terkejutnya kami apabila kami bandingkan keadaan ini dengan mereka yang tidak kisah kepada apaapa, yang asyik bersenang-senang di kedai kopi."
Dalam catitan yang sama, Sheikh Hassan Al Banna mengakui bahawa keputusan menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah ekoran dari pemerhatian beliau terhadap kejahilan Ummat Islam terhadap Agama mereka. Beliau menganggap bahawa masjid dan khatib khutbah sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini.
Ulamak-ulamak yang ada tidak terdaya untuk menahan serangan dari Puak Modernist selain dari melabelkan mereka murtad. Yang malangnya terdapat juga manusia yang digelar 'ulamak' tetapi terlalu mudah untuk bertolak ansur dengan pemerintah dari segi prinsip agama dengan tujuan untuk memuaskan hati taghut-taghut ini.
Ulamak Khahirah jatuh ke lembah yang paling menghinakan apabila mereka menyetujui fatwa yang diberi oleh Rektor Universiti al Azhar bahawa Raja Farouk adalah layak untuk memerintah dan layak digelar Khalifatul Mu'min atas alasan "beliau adalah seorang Islam dan datang dari keturunan Rasulullah S.A.W.".
Dengan tekad bersungguh-sungguh dan sedaya upayanya Sheikh Hassan al-Banna terus menubuhkan pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin demi untuk menyelesaikan nasib yang malang itu. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan dalam tahun 1928, sebaik sahaja beliau keluar dari Darul Ulum. Pemimpin-pemimpin Islam yang terkenal seperti Jamaluddin Al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayyid Rashid Ridha' lebih mengutamakan penulisan dan dakwah dalam aktivitinya.
Hassan Al Banna
Apa
yang dilakukan oleh Hassan Al Banna bercita-cita untuk menubuhkan satu
harakah Islam yang syumul yang akan membimbing seluruh generasi dengan
prinsip-prinsip Islam yang menyentuh semua aspek hidup seperti politik,
ekonomi dan sosial.Al Ikhwanul Muslimin adalah satu harakah yang tersusun rapi dengan ahlinya yang dibahagikan kepada peringkat-peringkat tertentu. Terdapat ahli peringkat pertama, peringkat kedua, penyokong dan pekerja. Seseorang itu tidak dinaikkan peringkatnya, sebelum diberi ujian tertentu. Apabila ahli sudah dianggap aktif, mereka akan dipanggil dalam mesyuarat khas, dimana Sheikh Hassan al Banna sendiri yang menjadi ketuanya.
Bagi mengendalikan ahli, mereka dibahagikan kepada nuklias, sel, usrah dan barisan. Apabila cawangan-cawangan bertambah, satu unit pentadbiran ditubuhkan dengan ahlinya dipilih khas oleh Muktamar (General Assembly). Markas akan menerima tentang maklumat semua kegiatan ahli 10 hari sebelum Muktamar.
Di Muktamar, semua cawangan menghantar wakil masing-masing. Persetujuan Markas Pusat diperlukan untuk meluluskan satu-satu keputusan yang dipersetujui oleh Muktamar Cawangan. Markas Pusat juga berkuasa untuk meluluskan atau menahan penubuhan sesuatu cawangan atau Jawatankuasa Tadbir. Untuk melicinkan lagi operasi,
Jawatankuasa Pusat menubuhkan Jawatankuasa Kecil bagi department-department tertentu seperti kebajikan masyarakat, hubungan dengan Dunia Islam dan lain-lain. Di Khahirahlah letaknya Markas Pusat. Jawatankuasa Pusat terdiri dari 100 orang Jawatankuasa Pengasas dan 12 orang penasihat, yang dilantik sendiri oleh Hassan al-Banna dari Jawatankuasa Pengasas.
Setiap ahli membuat bai'ah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara Ikhwan hatta dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, disamping menaruh kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap ketua mereka. Mereka sanggup menerima perintah walaupun bercanggah dengan kehendak mereka. Disetiap perjumpaan mereka akan memperbaharui sumpah mereka dan mengulangi "Sami'na wa Ata'na".
Hassan al Banna mengetahui dengan terperinci ahli-ahli yang aktif dan dipercayai. Mereka ini dikehendaki merekodkan aktiviti-aktiviti harian mereka termasuk penghafalan Qur'an serta kehadiran mereka pada sembahyang berjemaah. Mempelajari Al Qur'an, Hadith dan Syari'ah diwajibkan ke atas mereka.
Mereka diajar menggunakan bermacam-macam senjata dan pertolongan cemas. Pada akhir pengajian mereka akan diperiksa apa yang telah mereka pelajari. Satu perjumpaan diadakan dua tahun sekali diperingkat cawangan apabila diarah oleh Hassan al Banna.
Di dalam tulisannya, Sheikh Hassan al Banna memegang teguh kepada beberapa prinsip.
Pertamanya, beliau melarang keras ahlinya menjadi Ikhwanul Muslimin sebagai tempat medan percanggahan pendapat. Dalam soal ini, Hassan al Banna mengikut nasihat dari seorang Ketua Sufi di mana ia masih berada di bangku sekolah. Ketua Sufi itu telah menasihatkan muridnya supaya jangan berbalah dalam perkara-perkara yang kecil dan jangan menggunakan kalimah-kalimah orang-orang atheist, murtad dan missionari kristian di khalayak ramai.
"Buatlah perkara ini semasa kamu berbincang dan bermusyawarah sesama kamu. Di hadapan orang-orang kampung, gunakanlah perkataan yang berkesan yang dapat membimbing mereka kepada Islam".
Yang keduanya, Hassan al Banna, begitu kurang mempercayai kalangan orang-orang kaya terkenal yang ingin menyertai Ikhwan. Pada anggapan beliau, mereka berbuat demikian mungkin untuk kepentingan diri atau mencari kepentingan dunia. Di dalam penulisan beliau dan pengikutnya terdapat penekanan tentang kepentingan membentuk harakah secara beransur-ansur. Sesebuah harakah itu mestilah mendapat sokongan orang ramai yang kuat sebelum dapat menggantikan kerajaan yang ada.
Al Ikhwan dapat menjalankan programnya hasil dari kekuatan Iman dan prinsip-prinsip Islam yang tulen, perpaduan dan Ukhwah Islamiah di kalangan ahli-ahli harakah dan penyokong. Al Ikhwan berpendapat bahawa kekuatan hanya perlu digunakan apabila semua cara lain gagal. Di dalam ucapan dan tulisannya, Sheikh Hassan al Banna menafikan bahawa Ikhwan mahu mengadakan Revolusi bunuh membunuh atau Coup d'etat. Tidak juga ia mengatakan langkah tersebut sebagai berkesan.
Aktiviti asas bagi Al Ikhwan ialah soal pendidikan dan pembukaan sekolah-sekolah yang bermacam jenis. Berulang kali Al Ikhwan menyeru kepada Kerajaan Mesir supaya mengambil berat tentang pengajaran agama dan prinsip-prinsip akhlak yang mulia kepada generasi muda yang sedang meningkat umur di sekolah-sekolah umum.
Program persekolahan yang dilaksanakan sepatutnya mempunyai empat matlamat :
1. Menyebarkan prinsip Agama Islam.
2. Menaikkan taraf moral yang tinggi.
3. Kemegahan terhadap tamaddun Islam.
4. Menyediakan pakar-pakar di dalam semua bidang sains untuk membantu kebangkitan Islam di Mesir.
Di dalam Kurikulum sekolah, al-Ikhwan menyeru supaya pemerintah memberi perhatian yang istimewa kepada sejarah Islam, dan Tamaddun Islam. Mereka juga mendesak supaya mata pelajaran Islam diwajibkan di universiti-universiti.
Guru-guru yang tidak berakhlak, tidak mengambil berat tentang Islam serta tidak jujur dalam usaha-usaha untuk memperbaiki negara hendaklah dipecat. Sekolah-sekolah yang bercampur antara lelaki dan perempuan hendaklah diharamkan. Inilah antara contoh dan peranan aktif yang dimainkan oleh Al Ikhwan.
Di Markas Pusat, sebuah Jawatankuasa Khas mengenai penubuhan sekolah-sekolah diadakan. Sekolah-sekolah rendah, menengah, teknik yang ditubuhkan adalah lain dari sekolah-sekolah swasta serta lain dari segi penekanan prinsip Islam terhadap murid-murid. Untuk menghapuskan buta huruf, Ikhwan menubuhkan beberapa sekolah percuma untuk pekerja-pekerja dan orang-orang kampung.
Pada siang hari terdapat kelas menghafal Quran sementara di malam harinya terdapat kursus-kursus untuk pemuda yang tidak berpeluang belajar pada siang hari. Kelas bimbingan bagi membantu mereka yang gagal dalam peperiksaan juga diadakan di sebelah malam. Guru-guru yang mengajar terdiri dari pelajar-pelajar universiti yang telah dilatih khas.
Mereka juga membuka sekolah "Ummul Mu'minin" bagi Muslimat Ikhwan. Itulah contoh-contoh betapa beratnya perhatian yang diberikan oleh Ikhwanul Muslimin terhadap pendidikan sehingga boleh dikatakan tiada satu pun cawangan Ikhwan yang tidak mempunyai sekolah sendiri.
Dari segi kebajikan masyarakat, Ikhwan memberi bermacam-macam perkhidmatan. Mereka menubuhkan persatuan untuk meningkatkan taraf kehidupan serta memajukan kampung-kampung di Mesir. Salah seorang ahli Ikhwan al Muslimin mendirikan sebuah ladang contoh di atas tanahnya. Di kampung yang lain Ikhwan membina 4 buah kubur untuk digunakan oleh mereka yang miskin. Di tempat lain pula, Ikhwan menjamu 200 orang miskin tiap-tiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Cawangan-cawangan Ikhwan berlumba-lumba dalam memberi sedekah kepada orang-orang miskin, mengadakan bekalan letrik ke kampung-kampung dan memungut derma di bulan Ramadhan.Ada dari ahli Ikhwan menjadi Hakim bagi menyelesaikan perselisihan-perselisihan yang berlaku di kampung-kampung.
Mereka membuat bancian bagi mereka yang tidak berumah dan anak-anak yatim supaya pekerjaan yang sesuai dapat disediakan kepada mereka sejajar dengan umur mereka. Orang-orang cacat dan orang-orang sakit juga mendapat pertolongan dari segi sara hidup.
Masjid-masjid dibina di seluruh negara. Ada dalam kalangan mereka mewakafkan tanah, sementara yang lain membiayai pembinaannya. Boleh dikatakan semua cawangan Ikhwan mempunyai masjidnya sendiri. Ikhwan juga mengambil berat tentang kesihatan masyarakat. Untuk mencapai matlamat tersebut untuk mendirikan hospital serta gedung-gedung ubat dikebanyakan tempat untuk merawat pesakit-pesakit. Kemuncak kejayaan Ikhwan ialah dengan terdirinya sebuah Klinik Ikhwan di Tanta di mana beribu-ribu pesakit dirawat dalam setahun.
Untuk menyebarkan prinsip perjuangan Islam, Ikhwan sangat aktif dalam bidang penerangan. Mereka menerbitkan akhbar harian dan lebih dari sedozen majalah. Di antaranya ialah majalah bulanan, Al Manar, Mingguan Al-Taaruf, Al-Shu'a, Al Nadhir, Ash-Shihah, Al Mabahith, Al Da'awah dan Al Muslimun. Akhbar Harian mereka mendapat langganan yang paling laris dari semua keluaran. Ini adalah kerana matlamat-matlamatnya :
1. Menerangkan Islam sebagai agenda dan sistem hidup yang paling bagus, disampaikan dengan cara yang paling sesuai untuk zaman moden.
2. Mematahkan serangan-serangan yang dihalakan kepada Agama Islam.
3. mendamaikan perselisihan pendapat di antara mazhab-mazhab Islam demi untuk perpaduan Ummat Islam.
Tulisan Sheikh Hassan al Banna dikeluarkan tiap-tiap hari dalam akhbar Ikhwan. Tulisannya amat bernas dengan ayat-ayat Qur'an, Hadith Rasulullah SAW dan syair-syair Arab Klasik. Antara tajuknya termasuk :
1. Program Ikhwan;
2. Perkembangan dan matlamat perjuangan Islam;
3. Bagaimana kita menarik manusia ke jalan Allah;
4. Menuju ke cahaya;
5. Matlamat dan prinsip kita;
6. Ke mana kita ajak manusia;
7. Harakah Kita;
8. Antara Hari ini dan Hari Esok;
9. Risalah Jihad;
10. Untuk mu Pemuda;
11. Ikhwan Muslimin di bawah Panji-panji Qur'an;
12. Tanggungjawab Muslimat; dan
13. Program Rohani.
Buku-buku yang ditulis oleh Ikhwan yang lain termasuk :
1. Ikhwanul Muslimin di mata dunia;
2. Palestin dan Afrika Utara;
3. Keruntuhan Tamaddun Barat Moden; dan
4. Islam terus melangkah ke hadapan.
Ikhwan juga mengeluarkan risalah-risalah dan riwayat hidup Hassan al Banna. Penerbitan ini bukan sahaja popular di Mesir malah ianya terkenal diseluruh negaranegara yang berbahasa Arab. Tidak terdapat satu pun pergerakan Islam di negara Arab di zaman moden ini yang dapat menghasilkan minat orang yang begitu kuat terhadap perjuangan Islam serta mendidik mereka dengan semangat Islam. Ini semua adalah kesan dari tulisan-tulisan yang gagah yang ditulis oleh penulis-penulis Muslimin dan Muslimat Ikhwanul Muslimin.
Dari awal lagi, Ikhwan menerima Muslimat menyertai harakahnya. Sayap Muslimat Ikhwanul Muslimin mempunyai dasar perjuangan yang sama dengan Muslimin walaupun terdapat sedikit ubah suai untuk memenuhi sifat kewanitaan Muslimat. Penekanan yang berat diberi untuk menghasilkan individu-individu Muslimat yang mulia, berakhlak dan suci. Aktiviti Muslimat berkisar pada pendidikan dan kebajikan masyarakat berdasarkan Islam.
Antara ciri yang menonjol bagi Harakah Ikhwanul Muslimin ialah penekanannya yang berterusan terhadap kepentingan JIHAD. Jihad yang diajar oleh Ikhwan ialah Jihad yang difahami oleh semua orang Islam iaitu Jihad yang tidak mempunyai sebarang unsur tolak ansur.
Bukannya konsep JIHAD yang direka-reka oleh Puak Modernist. Ikhwan menganggap bahawa ibadat dan amal soleh seseorang Islam itu sia-sia jika ia tidak bersedia untuk mengorbankan nyawanya demi untuk mempertahankan Agama Islamnya.
Bersedia untuk mati tanpa mengharapkan sebarang balasan dunia melainkan semata-mata cintakan Allah dan hari Akhirat. Al Ikhwanul Muslimin menaikkan semangat jihad dengan cara menggalakkan pemuda Islam melakukan latihan menguatkan tubuh badan untuk persediaan perang. Akhirnya mereka menubuhkan Unit tentera mereka sendiri untuk mempertahankan harakah apabila diperlukan.
Sheikh Hassan al Banna berkali-kali mengajak orang kampung supaya berjihad menumpas penjajah British dan menghalau mereka selama-lamanya dari Mesir. Beliau tidak bertolak ansur langsung dalam masalah ini dan beliau tidak mempercayai langsung pendapat dan fikiran bahawa masalah ini dapat diselesaikan melalui perbincangan dan mesyuarat yang tidak membawa ke mana-mana.
Di dalam peperangan Palestin pada tahun 1948, pasukan sukarelawan Ikhwan Muslimin adalah pasukan yang paling berani berperang di pihak Arab. Apabila Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf penubuhan negara Yahudi di Palestin, Sheikh Hassan al Banna menyeru semua negara Islam meninggalkan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berjihad menentang Yahudi.
Logo Ikhwanul Muslimin
Sheikh Hassan al Banna dan penyokongnya dengan terang-terang dan berani melaungkan bahawa Islam sajalah agama yang terbaik dan penyelesai kepada semua masalah yang dihadapi oleh Mesir. Matlamat Ikhwanul Muslimin ialah untuk mendirikan masyarakat dan negara Islam di mana Syariah Islam menjadi undang-undang negara. Hassan al Banna berkata :
"Kita tidak akan berdiam diri dan bersenang hati atau berhenti selagi Qur'an benar-benar menjadi perlembagaan negara. Kita akan hidup untuk mencapai matlamat ini atau mati dalam usaha melaksanakannya".
Al Ikhwanul Muslimin tidak berpuas hati dengan undang-undang negara yang hanya meletakkan Islam sebagai Agama Negara. Mereka mendesak supaya undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya di mana kerajaan dan rakyat tunduk kepada undang-undang Allah.
Sheikh Hasan al Banna berkata dalam satu ucapannya :
"Al Ikhwanul Muslimin memegang sikap bahwa Islam mempunyai implikasi yang luas dan menyeluruh. Islam mengawal semua tingkah laku individu dan masyarakat. Setiap sesuatu mestilah tunduk di bawah undang-undangNya dan mengikut ajaranNya. Sesiapa yang menurut Islam dari segi Ibadat saja tetap meniru orang kafir dalam semua hal lain boleh dianggap sama taraf dengan orang kafir".
Di dalam jawapan kepada salah seorang pemimpin politik di zamannya, beliau berkata :
"Kami mengajak kamu kepada Islam, ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini dianggap politik oleh kamu maka inilah politik yang kami perjuangkan".
Oleh kerana Demokrasi tulen tidak wujud di Mesir, Hassan al Banna memerintah supaya semua parti politik dibubarkan termasuk Sistem Parlimen kerana ini semua tidak menghasilkan apa-apa melainkan keruntuhan moral dan perebutan kuasa. Hassan al Banna dan pengikutnya berkeyakinan bahawa tidak ada satu pun parti politik Mesir yang wujud di zaman Raja Farouk benar-benar ingin melaksanakan undang-undang Islam atau cinta kepada Islam.
Ikhwanul Muslimin bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam Mesir yang kuat dan memansuhkan semua parti-parti yang ada. Begitulah tegasnya sikap al Ikhwanul Muslimin sehinggakan menjadi syarat bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli harakahnya berhenti dari menjadi ahli sebarang parti politik yang ada di Mesir pada zaman Raja Farouk.
Walaupun al Ikhwanul Muslimin menyokong Nasionalis Arab Sekular dalam soal membebaskan Mesir dari belenggu Penjajah, dan kesatuan Arab, ini bukanlah menjadi matlamat tetapi cara saja. Menyatukan bangsa Arab adalah langkah pertama kepada penyatuan Ummat Islam di negara Arab. Bebas dari penjajahan bermakna Ummat Islamnmempunyai kesempatan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.
Malangnya apabila tergulingnya Raja Farouk dalam Revolusi 23hb. Julai 1952, negara Mesir ditukar kepada sebuah Negara Nasionalis Sekular tulen serta terus melanjutkan polisi membaratkan Mesir seperti yang dibuat oleh pemerintah dahulu. Masa telah membuktikan bahawa pemerintah yang baru adalah sama ganasnya terhadap pergerakan Islam seperti pemerintah yang dulu juga malah mereka lebih tamak, zalim dan gila kuasa.
Al Ikhwanul Muslimin bukan mahukan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, malah mereka berjanji berkali-kali untuk menyokong sesiapa yang memerintah asalkan undang-undang Islam dijalankan. Semua ini ditolak mentah oleh diktator Tentera yang baru berkuasa itu. Presiden Gamal Abdul Nasser pernah berkata :
"Saya telah bertemu dengan Ketua Penasihat Ikhwanul Muslimin yang telah membuat beberapa tuntutan kepada saya. Perkara pertama yang dia mahu ialah semua wanita diwajibkan menutup aurat. Dia juga mendesak supaya ditutup semua panggung wayang dan tempat pementasan. Dengan lain perkataan dia mahu supaya hidup kita gelap dan mendung. Sudah tentulah menjadi perkara mustahil untuk kita melaksanakannya".
Percubaan untuk membunuh Presiden Gamal Abdul Nasser pada December 1954, menjadi alasan yang baik yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan untuk menghancurkan Ikhwan al Muslimin. Ikhwan telah dituduh melakukan penembakan itu walaupun Ikhwan berkali-kali menafikannya.
Beribu-ribu anggota Ikhwan telah ditangkap, dipenjara dan 6 orang telah digantung hingga mati. Protes dari dunia Islam tidak dilayan langsung. 12 tahun selepas peristiwa itu, iaitu pada tahun 1961, al Ikhwanul Muslimin telah difitnah sekali lagi sebagai penyebab kepada kegagalan dan kemunduran negara. Akhirnya Presiden Nasser telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang penting untuk 'menghapuskan pengaruh gerakan apa yang dipanggil reaksionari Ikhwanul Muslimin'.
Beliau (Gamal Abdul Nasser) telah mencadangkan supaya kuasa ketenteraan dan undang-undang digunakan untuk menghancurkan Harakah Islam ini. Sebahagian dari cadangan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas itu telah disiarkan dalam An- Nadwa, Mekah seperti berikut :
1. Mata Pelajaran Deeniyah (agama) mestilah dibuang terus dari sukatan pelajaran di Institusi Pengajian di seluruh negara. Semuanya itu akan digantikan dengan kurikulum baru berdasarkan prinsip sosialisma.
2. Komunis mestilah dibantu dan diberi peluang yang luas untuk menghancurkan agama supaya martabat mereka yang berugamaa di Mesir hancur. Tanggungjawab ini diberikan kepada kerajaan yang akan mengizinkan komunis menjalankan aktiviti anti agamanya dengan selantang-lantangnya. Sementara itu agama akan ditindas dari segenap penjuru untuk bergerak.
3. Selepas kita mengkaji dengan mendalam tentang mereka yang tidak terikat dengan Ikhwan tetapi memainkan peranan yang sama dengan Ikhwan, kita merumuskan bahawa kedua-dua kumpulan pendakyah-pendakyah ini bersatu dari segi fikrah dan amalannya. Oleh itu kedua kumpulan ini mestilah dipisahkan dan pertalian mereka diputuskan.
Kalau tidak, harinya tidak akan lama di mana mereka akan berganding bahu untuk memberontak menentang kerajaan secara terbuka. Pada masa itu kita akan susah untuk membezakan antara satu dengan yang lain. Adalah wajar kalau kita elakkan bahaya ini dengan menganggap bahawa kedua kumpulan itu adalah sama. Semua ruang untuk perkembangan mereka serta peluang bagi aktiviti intelektual dan praktikal mereka mestilah dihalang.
Penyiasatan yang rapi hendaklah dijalankan bagi mengetahui berkenaan dengan perjumpaan dan hubungan mereka antara satu sama lain. Semua ahli ibadat dari sebarang agama mestilah diharamkan dari menjadi ahli sebarang organisasi. Mereka hendaklah juga diharamkan dari tempat-tempat awam, propaganda kebangsaan dan keramaian-keramaian negara.
4. Ikhwan dan simpati-simpatinya mestilah ditindas berterusan serta dipenjarakan. Semua usaha untuk menjaga keselamatan harta benda mereka hendaklah ditarik balik dan diumumkan bahawa keselamatan mereka pun tidak akan dijamin. Berbagai-bagai penyiksaan, penghinaan dan penindasan mestilah dilakukan ke atas mereka supaya mereka tidak akan merasa senang walaupun sesaat.
Akibat dari polisi ini, beribu-ribu Ikhwan termasuk Muslimat ditangkap dengan tidak ada peluang membela diri dan mereka diazab dengan penyiksaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hassan Ismail Hudaybi, seorang hakim dan ulamak terkenal yang menggantikan Hassan al Banna debagai Ketua Penasihat Ikhwan telah disiksa walaupun umurnya sudah tua dan uzur.
Pada 29hb. Ogos, 1966 tiga orang pemimpin Ikhwan telah dihukum bunuh. Yang paling terkenal di antara tiga itu ialah Ash-Shaheed Sayyid Qutb yang juga seorang ulamak dan penulis terkenal di dunia Arab. Adiknya Muhammad Qutb yang juga seorang penulis yang terkenal. Dua orang adik perempuannya, Aminah dan Hamidah Qutb pun turut dikurung dalam penjara bertahun-tahun lamanya.
Beberapa tahun dahulu. Sheikh Hassan al Banna telah meramalkan mala petaka ini dan memberi amaran kepada pengikut-pengikutnya bahawa Ikhwanul Muslimin akan dihina, ditentang, ditahan, dianiaya, disiksa dan akan dikenakan kesusahan yang amat pahit. Sementara itu beliau berjanji bahawa kemenangan di dunia dan di akhirat akan tetap bersama Ikhwan akhirnya.
Walaupun Ikhwan al Muslimin ditindas di negaranya sendiri, Ikhwan di Syria, Jordan, Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. Di Geneva, Dr. Said Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan al Banna dan menyebarkan prinsip perjuangan Islam di Barat dengan hebat. Beliau keluar dari Mesir apabila beliau dijatuhkan hukuman bunuh oleh kerajaan Mesir.
Subscribe to:
Posts (Atom)